Isnin, 12 Mei 2014

YESUS DIANGKAT JADI "TUHAN" TAHUN 325 Masehi - Hj…: http://youtu.be/p3vNtgfnoLU

Rabu, 7 Mei 2014

3-fight-3 round-1 children kids Muay Thai Pattaya…: http://youtu.be/eV0uShiWoUw

Isnin, 14 April 2014

kisah perjalanan hidup ustaz abdullah khairi, kis…: http://youtu.be/1eqCXShtQlk

Sabtu, 15 Mac 2014

Maafkan aku!

Assalamualaikum saudaraku sekelian!
Pagi ni aku tak boleh tdoq, aku sebenaqnya sakit! Sakit jiwa, sakit jasad, sakit mata dan jgk sakit hati! Aku sangat tertekan dgn keadaan aku sekarang, dari itu aku ambil peluang menulis ni untuk meluahkan rasa hati aku dan minta maaf kepada hangpa semua.
Aku manusia biasa yg tak boleh lari dari buat salah, oleh itu aku sekali lagi minta maaf diatas semua salah silap aku terhadap hangpa selama aku hidup.
Antara kita 8 beradik, kemungkinan besaq aku yg akan p dulu tinggalkan hangpa, bukan aku minta tapi naluri aku dah dpt rasa. Mungkin hangpa semua tau yg aku ni sakit, tapi hangpa semua mungkin tak tau tahap mana sakit aku.
Aku sangat bimbang dengan tahap kesihatan aku la ni, memang orang tengok dari luaq ok saja, tapi hakikatnya aku sgt teruk mengikut kata doktor, aku teruk sebab byk faktor, antaranya paksa diri untuk kerja berat, tidoq tak menentu, tekanan masalah kerja, tekanan fikiran dan yang paling aku takut la ni ialah Stress yg berpanjangan yang boleh menyebabkan serangan jantung!
Saudaraku sekelian!
Aku nak hangpa semua tau bahawa aku ni bukanlah sorang yang baik sangat, aku ada banyak kelemahan, tapi dalam hal penting aku rasa aku masih bijak berfikir.
Kadang kadang mulut aku ni celupaq sikit tapi mungkin hati aku masih ikhlas!
Aku masih lagi manusia biasa, ada perasaan, sedia mendengar keluhan dan rintihan adik beradik, tapi aku sangat kesal sebab aku tak mampu nak tolong selesai masalah adik beradik, Kak jah, maliah dan khairul. Depa ni memang aku tahu banyak masalah, tapi aku dah cuba nak tolong tapi aku tak mampu. Insya Allah kalau ada kudrat dan rezki ke depan aku tak akan pernah lupa untuk nak tolong!
Saudaraku sekelian!
Tolonglah doakan kesihatan aku ini, aku dah sampai ke suatu tahap yg agak kronik, tapi aku yakin masih boleh sembuh, aku jugak tak pernah tinggal ubat la ni. Insya Allah kalau ada rehat yang cukup dan kurang tekanan atau stress aku boleh cepat sihat.
Pada pandangan mata hangpa mungkin nampak macam aku ni tak berapa pedulikan ayah, tapi sebenarnya aku minta maaflah! Aku tak tahan sebak sebenarnya bila aku tengok ayah terseksa sakit macam tu, aku cuba jugak damping ayah tapi aku tak boleh lama, aku terlalu kesian! Aku harap hangpa semua jangan salah anggap kat aku dalam soal ni.
Akhir sekali, tolonglah faham keadaan aku sekarang! Maafkan aku serta anak bini aku seandainya ada perkara yang tak kena dihati hangpa!
Aku jugak harap hangpa semua faham macamana sibuknya aku nak menguruskan anak anak sebab bini aku berkursus. Semuanya aku kena buat sendiri!
Semoga siapa saja yang baca coretan ni faham apa yang aku cuba luahkan! Wassalam
Yan. 2.50.pagi

Sabtu, 8 Jun 2013

Around malaysia travel

tokbuu travel lagi!

       baru kejap tadi sampai balik rumah!!!!
rasanya dah lebih setengah tahun aku tak menulis di blog ini, alhamdulillah travel kali ni selamat dan lancar macam dirancang,
      ford ranger hurricane 05, itulah kenderaan yang membawa kami meronda satu malaysia, tip top condition sampai la balik kerumah. dengan bahanapi diesel bernilai rm450, aku dan anak isteri berjaya melancong pusing semenanjung malaysia sejauh 2400 km. genap 7 hari perjalanan kami, puas dan berbaloi!!!!!, itulah dapat ku ceritakan!!!
       perjalanan bermula dari jam 9.15 mlm bertolak dari rumah menuju ke taiping, 11.30 mlm tiba di taiping dan bermalam dirumah tok yam, jam 12.30 tghari bertolak ke cameron highland, 5.30 petang baru kami sampai ke tanah rata, letih sangat mengharung kesesakan dari kg raja hingga ke brincang(ambil masa hampir 2 jam) akhirnya sampai juga kami ke penginapan di tanah rata(eight mentigi guest house), sejuk dingin sekali!!! setelah selesai mandi dan sekejap rehat, 6.30 ptg kami naik semula ke brincang ronda pasar malam, tapi rasanya boleh layan ja sebab semua barang mahal macam luar negara. jam 10 mlm kami kembali ke tanah rata menikmati kedinginan malam dan tidur, 12.00 tghari bertolak turun menuju tapah, belum sampai tapah orang sebelah dah muntah menonggek,(mabuk) itulah penangan jalan cameron -tapah.
       jam 1.00 tghari di hentian lebuhraya tapah, beli nasi bungkus dan singgah makan di hentian sebelah seterusnya. perjalanan diteruskan hingga sampai kerumah adik ipar di cheras jam 5.00 ptg, berehat masak makan dan beramah mesra , itulah aktiviti disini, jam 10.00 mlm bertolak ke rumah adik di kajang dan bermalan dirumahnya, 9.00 pagi perjalanan diteruskan ke johor, kami singgah di tangkak untuk membeli kain baju raya , mak oooi!!! rambang mata dibuatnya, seterusnya kami teruskan perjalana menuju ke bandar segamat, singgah makan dan bergerak menuju yong peng untuk naik semula ke highway menuju ke kota tinggi, dari kota tinggi kami teruskan perjalan ke mersing, sampai di mersing kami bermalam di endau beach resort yang sememangnya telah ditempah melalui booking.com, berbaloi!!!!! itulah dapat aku nyatakan , tempat ni memang best, kindahan pantai dan pulaunya memang memukau ditambah lagi dengan suasana chaletnya yang kemas dan cantik, insyaallah lain kali aku datang lagi, makan malam di gerai tepi pantai depan chalet berlauk ikan pari bakar dan lain-lain, murah dan sedap sekali, harganya baru rm35 untuk 5 orang makan. memang eloklah dengan cogankata yang tertulis di depan gerai tersebut " mok maroh jual mahal".
         mandi dikolam renang !!! itulah kepuasan bagi anak-anak, jam 12.30 tghari kami bertolak menuju kuantan, dipertengahan perjalanan sempat lagi singgah di pantai nenasi, berehat sambil menikmati keindahan pantai dan memancing. jam 6.00 ptg sampai di bukit sagu(rumah mertua) dan bermalam disana, tepat jam 10.00 pagi perjalanan diteruskan menuju kuala terengganu, singgah lagi di paka, memancing udang galah ditepi jalan , kemudian perjalanan diteruskan dan singgah pula makan bekal yang dimasak dirumah mertua pagi tadi di pantai rantau abang, setelah selesai makan kami teruskan perjalanan ke kuala terengganu, sampai di batu 6 jalan k.trg manir ternampak signboard chalet tepi sungai.........bersambung!


























Ahad, 25 November 2012

Aku kini

 AKU KINI
salam untuk semua penjengah!!!
alhamdulillah!! aku masih dipanjangkan usia dan dapat terus menulis, apa khabar diri anda?
aku kini bukan lagi tauke lembu, situasi ekonomi semasa telah membawa aku kedalam arena kerjaya yang baru, sudah genap 3 bulan aku bergelar sub kontraktor baru, alhamdulillah!! aku rasa serasi dengan kerjaya ini, walaupun sentiasa comot dengan simen dan tanah merah. aku amat bersyukur dengan rezki ini!
           Sebenarnya, tak pernah aku menyangka satu hari aku terpaksa beralih arah kesini, itulah takdir ilahi.
walau apapun aku amat bersyukur padanya diatas rezki yang terlimpah padaku, kehidupan masih seperti biasa, cumanya taklah sibuk 24 jam seperti dulu, dari segi kewangan alhamdulillah!, stabil!!
sepanjang 3 bulan beralih kerjaya ni aku rasa agak terluang banyak masa untuk keluarga, ada banyak aktiviti bersama keluarga, boleh lagi pergi jalan-jalan makan angin dengan keluarga, tak macam dulu lagi dah!! ,sentiasa sibuk dengan kerbau lembu.
           Pasang playground kat pra-sekolah, itulah first job aku 3 bulan yang lalu! kini dah bermacam kerja kontrak aku buat, aku bangga denga semua finishing kerja-kerja ku.menjadi macam orang lain buat jugak!
kini job dah bertimbun tunggu aku lunaskan, inilah hasil kerja yang memuaskan! banyak lagi tempahan-tempahan kerja ubahsuai rumah dan bangunan yang aku dapat.aku pun dah dapat banyak ilmu-ilmu baru dalam bidang ni, staff aku dah ada lapan orang, insyaallah semua boleh bekerja dengan baik sekali,aku rasa amat berbaloi menggaji mereka.
         akhir untuk coretan ringkas ini, aku pohonkan dari kalian agar doakan aku terus sukses dengan kerjaya ini,  insyallah jika ada rezki yang halal aku tak akan lokek untuk membantu umat yang tak bernasib baik! semoga kita dipanjangkan usia dan diketemukan lagi pada coreta dari aku yang akan datang.
Maassalamah wailaalliqa'!!!


Selasa, 4 September 2012

Jumaat, 23 Mac 2012

lebom thuaa

     Kisah terjadi dua tahun yang lalu..... seawal jam 7 pagi, Pakyob,Tok Soh dan Tok Ali sudah berada di tandop depan kedai Parq untuk memulakan sesi menjala ikan lampam di kepala tandop, air sungai ban surut dengan banyak sekali, hal ini sangat sesuai untuk aktiviti menjala,
          Pakyob orang pertama yang menebarkan jalanya....Alhamdulillah!!!! 4 ekor lampam seberat kira-kira 600gm tiap seekor dan seekor haruan besar hampir 1 kg beratnya berjaya Pakyob daratkan, kini giliran toksoh pula menarik jala yang ditebarkannya sebentar tadi... ooooowh!..boleh tahan jugak hasilnya..2 ekor lampam dan masing- masing seekor puyu dan keli. tapi lampam yang di tangkap toksoh ini agak bersaiz mega juga seekor darinya, beratnya mungkin melebihi 1 kg, tersenyum sengih toksoh sambil mengerling kearah pakyob yang masih asyik menyuraikan sampah dari jalanya, sementara itu tok ali masih sibuk menarik jalanya diseberang atas tandop sana... tiba-tiba tok ali berteriak!!! mak oooiii!!! dengan pantas pakyob dan toksoh berpaling kearah tok ali, wahh!! bapak jelawat pulak dahh!!... jerit toksoh! memang besar ikan jelawat yang didaratkan oleh pak ali tadi,.patutlah dia mengumbut-umbut jalanya dengan begitu cermat sekali tadi.....rupanya dia sudah dapat merasa tujahan ikan besar itu didalam jalanya. dengan bangganya tok ali memasukkan ikan tadi kedalam "jut"nya. masing -masing tersenyum puas dengan hasil tebaran pertama mereka tadi. namun lebih kurang saja hasilnya jika dinilai berat dan kualitinya.
           Hebat!!!,... itulah yang dapat diperkatakan, pabila tiga otai yang berkejiranan ini turun menjala ikan, tapi sejarah disini masih lagi segar diingatan masyarakat setempat bahawa arwah "teh wak" lah pemegang rekod bagi kategori ikan darat ni! adakah rekod teh wak itu dapat dipecahkan? wallahu aalam!! sebab itu cerita dulu, mungkin ada tangkapan mereka yang lebih hebat tidak diketahui orang dan tak direkodkan. walau apapun....?
merakalah otai nelayan darat buat masa kini,
          Masa hampir sejam berlalu, mereka masih lagi menebarkan jala menghala kebawah yakni menuju kehilir sungai ban, jut masing-masing sudah sarat dengan berbagai hasil tangkapan ikan dan ada juga seekor dua udang galah, masing-masing dapat merasa. kini tibalah masa mereka berjalan balik menuju ke tandop tadi untuk mengambil motosikal masing-masing. kelihatan diraut wajah mereka kepuasan dan riak-riak kesyukuran! tiba-tiba terpacul keluar dari mulut toksoh,.....nak kita timbang dulu ka ikan ni?? ...tak payahlah!! jawab pakyob dengan gaya sinis,..kira hang ambik piala la hari ni!.... tambah pakyob lagi dengan nada berseloroh,(walaupun pakyob tahu hasil tangkapan mereka hari ini lebih kurang sama banyaknya)  sementara tok ali hanya tersenyum saja melihatkan gelagat sahabat-sahabatnya dari belakang.
         Setengah jam berlalu,..... tiga sahabat masing-masing sedang berehat dirumah setelah selesai mandi, manakala isteri-isteri mereka baru mula sibuk menyiang ikan-ikan yang dibawa pulang suami mereka tadi, ikan yang hidup(biasanya haruan&puyu) dikurung didalam bekas tempayan atau "kok" dan ikan yang sudah mati terus disiang untuk dijadikan lauk hidangan tengahari nanti, dengar ceritanya pakyob,toksoh & tok ali masing-masing mempunyai selera yang sama tengahari ini , iaitu ikan bakar!! tok ali dengan hidangan ikan jelawat belah belakang dan dibakar dengan garam kunyit, manakala pakyob pula, dengan hidangan ikan haruan bantut isi kelapa parut, namun toksoh lagi lah hebatnya dengan lampam belah belakang bersalut perencah tomyam yang amat popular dikejiranan ini(resipi asal bini muda toksoh) maka menyantaplah mereka dengan seleranya!!!!
          Hari pun berlalu, pagi keesokkannya.... diatas pelenggar dibelakang rumah toksoh riuh-rendahlah sembang santai antara kejiranan mereka dengan disertai tok dolah dan setapa, tok soh membuka ceritanya tentang ikan lampam jawa besar yang dijalanya pagi kemarin(semalam), "aku bagi oghang betina aku belah belakang lumorq perencah tomyam, bakaq!" ceritanya toksoh!!...."tak cheluih pinggan,minyak menitik atas lantai,...tu dok ada lagi minyak tu"....... sambung toksoh lagi! dengan pantas tok dolah mencelah.." ambik kain burok lap cepat, nanti anak hang pijak lincin,jatuh pulak" dengan senyum sindir dan ketawa berdekah-dekah tok dolah memberi pukulan kepada toksoh..setapa hanya tersenyum dari tadi melihatkan mereka berceritet, sememeynya dia sudah cukup masak dengan ayat-ayat lebom thuaa sepupu iparnya itu. itu kira belum lagi keluar ayat powernya lagi iaitu : "CUBA HANG KALI TENGOK"
          Kurasa setakat ini dulu hikayat ini kulorekkan buat kali ini, ampun dan maaf kupohon kepada sesiapa sahaja yang "terasa" dengan ayat-ayat ku ini, akan ku lorekkan lagi kesinambungan riwayat ini insyaalllah jika tersisa usiaku ini!!!!!!!! nantikan!!!!

03:58 pm 23/03/2012 tokbuu yang marhaen>

Ayah

Ayah! ku sentiasa doakan agar dikau segera sembuh! maafkan anakmu ini kerna tak dapat berada disisimu sentiasa! halalkan segala makan minumku, bersabarlah ayahku dengan dugaan ini!

Perangin pin

lata tok kheng

nikmatilah keindahan alam semulajadi ini dengan berhemah! tidak banyak lagi lokasi indah sebegini di bumi kita, kebanyakannya sudah tercemar sekali, cintailah bumi hijau kita!!!!!

Sama-samalah kita renungkan apakah ada benarnya?
aku, dia dan mereka....

Aku yang menumpang

Sudah lebih sembilan tahun aku menumpang disini, pelbagai dugaan dan cabaran aku hadapi, susah&senang,suka & duka,dibenci&dihormati,namun aku tak pernah merasa jemu dgn segalanya.
      Apa yang anda fikirkan tentang kehidupanku ini? adakah anda ingin tahu atau tak nak ambil tahu pun?
walau apapun reaksi anda? insyaallah aku akan terus menaip coretanku disini, kerana kurasa aku berhak
melakukannya,
      Bermula kira-kira 9 tahun yang lalu,aku dan anak isteriku ditugaskan disini, dan sehingga kini aku masih lagi disini! suasananya aman dan tenteram sekali,jauh dari hiruk-pikuk kota,sesuai sekali dengan norma hidupku sebagai anak kampung....percayakah anda? kalau tak percaya jemputlah bertandang kesini! disini aku amat puas sekali dengan segala aktivitiku, menjala udang galah, menangkap burung, bermain wau dengan anak-anak,mendaki gunung, mandi di lata-lata yang begitu nyaman, berinteraksi mesra dengan masyarakat setempat dan menjalankan aktiviti perniagaanku......mungkin anda masih tertanya-tanya dimana lokasiku sekarang? sabar!!! anda akan tahu juga nanti!
        Musim menuai padi baru selesai, deruan enjin traktor pembajak pula mengambil-alih, tapi buat musim ini tidak banyak haruan&keli di bendang,  maklumlah musim kemarau! maka tiadalah perlu aku bertugas dibendang,
Apa yang  boleh aku buat sekarang? hari ini air laut masih pasang besar, aku masih ada peluang untuk turun ke sungai menjala udang galah dan ikan siakap original! esok apa pulak? esok aku dah merancang nak pergi memancing kat jambatan yang merentasi laut ke sebuah pulau,,20 minit dari rumahku untuk sampai kesana, kebetulan esok hari jumaat,hari cuti disini, ....dapatkah anda membayangkan dimana aku sekarang?
       Maaf!! aku sudah amat mengantuk, aku perlukan tidur untuk seketika, insyaallah akan kusambung lagi coretan marhain ini, moga anda sudi lagi untuk menatap dan membacanya, tuggu akan sambungannya!!!!!

aku.........tokbuu marhain<< 23/03/2012  03;03am